KAJI SELIDIK PENGANGKUTAN BAS AWAM
(PUBLIC BUS TRANSPORT SURVEY)


PENGENALAN
(Introduction)

Pengangkutan merupakan salah satu kemudahan yang bukan saja berfokus kepada perjalanan malahan ianya dapat menghubungkan orang ramai dan menyediakan akses kepada pekerjaan, komuniti, barangan serta perkhidmatan sosial. Bagi tujuan ini, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), dengan kerjasama Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), sedang memulakan satu inisiatif kaji selidik secara berperingkat bagi memahami keperluan pengangkutan awam yang bertujuan untuk menambahbaik sistem bas yang sedia ada.

Tujuan utama kaji selidik ini adalah untuk mendapatkan pendekatan jangka panjang terhadap mobiliti, memahami lebih lanjut mengenai tren semasa dan arah tuju pemikiran strategik untuk masa depan. Salah satu bidang tumpuan utama kepada mobiliti ialah permintaan untuk perjalanan ('demand for travel') yang membawa maksud, tujuan dan keperluan perjalanan seperti perlu melakukan sesuatu di tempat destinasi - untuk bekerja, perjanjian doktor, melawat rakan dan keluarga, atau aktiviti masa lapang.

Pada masa yang sama, kaji selidik secara berfasa ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perilaku perjalanan dan pilihan orang ramai termasuk pembangunan masa depan, keperluan dan keutamaannya. Fasa awal kaji selidik ini terdiri daripada lima (5) Bahagian utama: (i) Demografi; (ii) Ketersediaan (kebolehpercayaan dan maklumat perkhidmatan bas); (iii) Kebolehcapaian termasuk tambang bas; (iv) Masa (perjalanan dan menunggu bas) dan (v) Persekitaran (kualiti bas dan keselesaan, keselamatan dan sekuriti). Hasil kaji selidik ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang pandangan orang ramai dan membantu penggubal dasar serta pengendali bas awam memikirkan lebih lanjut cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam.

Oleh itu, pandangan awda adalah amat penting bagi tujuan merancang masa depan sistem pengangkutan bas awam di Negara Brunei Darussalam. Sokongan dan kerjasama orang ramai adalah sangat dialu-alukan dan diharapkan.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melengkapkan kaji selidik ini.


Transport is more than just about travel as it connects people, provides access to jobs, communities and goods; and also delivers vital social services to the public. Towards this end, the Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC), in collaboration with Universiti Teknologi Brunei (UTB) and Land Transport Department (JPD), is initiating a series of public transportation surveys with the ultimate aim to further improve the quality of the current bus system.

The main purpose is to formulate a long-term approach to mobility, to better understand the current travel trends and to guide strategic thinking for the future. One of the key focus areas in mobility is 'demand for travel'. This means people need to travel for a particular purpose and towards a particular destination for work, for a doctor's appointment, to visit friends and family, or for leisure activities.

The survey, which will be carried out in phases, will also identify the travel behaviour and preferences, including needs and priorities for future development. The initial phase of the survey comprises five (5) key sections: (i) Demographic; (ii) Availability (reliability & bus service information); (iii) Accessibility including bus fares; (iv) Time (travel and waiting) dan (v) Environment (quality bus and comfort, safety and security). The outcomes are also intended to gather the views of people and to help transport policy makers and bus operators to think about further ways of improving public transport.

Therefore, your views are very important to help us plan the future of public bus transportation in Brunei Darussalam. We look forward to your kind support and cooperation.

Thank you for taking the time to complete this survey.

(I)
DEMOGRAFI & MAKLUMAT BERKAITAN (16 SOALAN)
(Demographic & Related Information - 16 Questions)

S1.
Kumpulan Umur:
(Age Group)
S2.
Jantina:
(Gender)
S3.
Taraf Kelamin:
(Marital Status)
S4.
Bilangan Tanggungan:
(No. of Dependant)
S5.
Taraf Penduduk:
(Residential Status)
S6.
Tempat kediaman atau penginapan mengikut Daerah:
(Place of residence or stay by District)
S7.
Tahap Pendidikan:
(Education Level)
S8.
Taraf Pekerjaan:
(Employment Status)
S9.
Jika awda sedang bekerja, sila nyatakan tempat kerja:
(If you are currently employed, please state your place of work)
S10.
Pendapatan Bulanan:
(Monthly Income)
S11.
Adakah awda menerima sebarang bantuan kebajikan daripada kerajaan?
(Do you receive any welfare support from the government?)
S12.
Adakah awda mempunyai lesen memandu?
(Do you have a driving licence?)
S13.
Apakah jenis pengangkutan yang sering awda gunakan?
(What type of transportation do you mainly use?)
S14.
Jika awda pengguna bas, berapa kekerapan awda menggunakan bas awam?
(If you are currently a bus user, how often do you use the public bus?)
S15.
Adakah awda mengalami masalah pergerakan seperti menggunakan alat bantu berjalan atau kerusi roda?
(Are you with impaired mobility such as using walking aid or wheelchair?)
S16.
Adakah awda mempunyai penglihatan atau pendengaran yang terhad?
(Are you with limited visual or hearing?)
(II)
KETERSEDIAAN (4 SOALAN)
(Availability - 4 Questions)
►Kebolehpercayaan - Tahap kepuasan pengguna bagi perkhidmatan bas beroperasi pada masa yang ditetapkan
 (Reliability - Bus service operates satisfactorily at a given point in time)
►Maklumat Perkhidmatan Bas - Tahap kemudahan bagi pengguna dalam mendapatkan maklumat
 (Bus Service Information - How easy it is for the user to get information)

S1.
Jika sekiranya awda berhasrat untuk menggunakan pengangkutan bas awam, apakah tujuan utama perjalanan awda?
(Thinking about using public bus transportation, what is the most likely purpose of your bus journey?)
S2.
Sila pilih hanya enam (6) faktor utama berikut yang akan mendorong awda untuk menggunakan bas awam:
(Please choose only six (6) of the following key factors that would encourage you to use the public bus)
Faktor-faktor utama
(Key factors)
Pilihan awda
(Your choice)
Akses kepada jadual bas yang terkini
(Access to up-to-date bus schedules)
Akses kepada peralatan yang memudahkan pengguna bas
(Accessibility to equipment that makes it easier for bus users)
Tambang bas yang berpatutan
(Reasonable bus fare)
Maklumat masa nyata laluan pergerakan bas
(Real-time bus route information)
Jarak perjalanan
(Length of trip)
Lokasi perhentian bas
(Location of bus stop)
Keadaan bas dan keselamatan di perhentian bas
(Bus conditions and safety at the bus stop)
Keadaan dan keselamatan di dalam bas
(Bus conditions and safety in the bus)
Masa menunggu
(Waiting time)
Bas dengan pelepasan karbon sifar atau rendah
(Zero or low carbon emission bus)
S3.
Mengikut keutamaan dari 1 (tinggi) hingga 6 (rendah), sila kongsikan pandangan awda mengenai ciri-ciri penting di perhentian bas:
(In order of priority from 1 (high) to 6 (low), please share your views on the importance of the following services at the bus stop)
Ciri-ciri di perhentian bas
(Features at the bus stop)
Tahap keutamaan
(Level of priority)
Maklumat tambang bas
(Bus fare information)
Peta laluan bas
(Bus route map)
Jadual bas
(Bus schedule)
Papan tanda braille mengenai maklumat pekhidmatan bas untuk mudah diakses oleh pengguna dengan penglihatan yang terhad
(Braille signage on bus services information for easy access by user with limited vision)
Tempat perlindungan bas dan tempat duduk
(Bus shelter and seating)
Maklumat masa nyata mengenai kelewatan/gangguan perkhidmatan bas
(Real-time information on delay/disruption of bus service)
S4.
Sila susun pilihan awda dari 1 (tinggi) hingga 4 (rendah) mengenai kaedah mengakses maklumat perkhidmatan bas:
(Please rank your choice from 1 (high) to 4 (low) regarding the preferred method of accessing bus service information)
Kaedah
(Method)
Tahap keutamaan
(Level of priority)
Dipamerkan di perhentian bas
(Displayed at the bus stop)
Aplikasi Mudah Alih
(Mobile Apps)
Kod QR
(QR Code)
Media Sosial
(Social Media)
(III)
KEBOLEHCAPAIAN DAN TAMBANG BAS (9 SOALAN)
(Accessibility and Bus Fare - 9 Questions)
►Kebolehcapaian untuk semua lapisan masyarakat dengan menyediakan akses kepada lokasi-lokasi serta penyediaan kemudahan
 (Accessibility for all, including serving locations and the ease with which people can access that service)

S1.
Lokasi perhentian bas adalah terletak dalam jarak berjalan kaki yang mudah dari tempat tinggal atau tempat kerja awda:
(The nearest bus stop is conveniently located within walking distance of your place of residence or work place)
S2.
Pada pendapat awda, berapakah jarak berjalan kaki yang sesuai dari tempat asal atau destinasi awda ke perhentian bas?
(In your opinion, what is the acceptable distance from your place of origin or destination to the bus stop?)
S3.
Berpandukan skala penilaian 1 (tinggi) hingga 5 (rendah), sila susun tahap kepentingan kemudahan di bawah mengikut keutamaan:
(Based on a rating scale of 1 (high) to 5 (low), please rank the level of importance of the following facilities in order of priority)
Kemudahan Kebolehaksesan Bas
(Bus accessibility facilities)
Tahap keutamaan
(Level of priority)
Bas dengan isyarat visual
(Bus with visual signal)
Bas dengan isyarat bunyi
(Bus with sound signal)
Bas dengan ruang kerusi roda
(Bus with wheelchair space)
Bas dengan lantai tanjakan
(Bus with floor ramp)
Bas dengan lantai rendah
(Bus with low floor)
S4.
Adakah awda akan mempertimbangkan atau terus menggunakan bas awam jika sekiranya inisiatif berikut diperkenalkan?
(Will you consider or continue using public bus if the following initiatives were to be introduced?)
Tambang bas berdasarkan jarak
(Bus fares are charged by distance)
S5.
Jika sekiranya enam (6) jenis diskaun tambang bas akan diperkenalkan, kategori yang manakah awda cadangkan?
(If six (6) types of discounted bus fares were to be introduced, which of the following categories would you recommend?)
Kategori
(Category)
Pilihan awda
(Your choice)
Umur
(Age)
Pekerjaan (contohnya pelajar)
(Occupation e.g. student)
Orang Kelainan Upaya
(Person with disabilities)
Waktu kesibukan & Luar kesibukan
(Peak & Off-peak hours)
Hari Minggu / Hujung Minggu
(Weekdays / Weekend)
Pas Sepanjang Hari
(All-Day Pass)
Tiket Bermusim
(Seasonal Ticket)
Tiket Keluarga
(Family Ticket)
S6.
Jika bas awam antara daerah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan kemudahan seperti wifi berkelajuan tinggi secara percuma, tempat mengecas telefon bimbit, ruang penyimpanan barang, tempat duduk yang selesa dan sebagainya:
(If inter-district bus were upgraded and equipped with facilities such as free high-speed wifi, mobile phone charging point, storage space, comfortable seat and etc.)
S6.1
Apakah perkhidmatan perjalanan bas yang menjadi pilihan awda?
(What is your preferred bus travel service?)
S6.2
Pada pendapat awda, berapakah tambang perkhidmatan bas (satu hala) yang difikirkan berpatutan bagi perjalanan berikut?
(In your opinion, how much is the reasonable bus fare (one-way) for the following trip?)
Bandar Seri Begawan → Tutong
Perkhidmatan Bas Bukan Ekspres
(Non-Express Bus Service)
Perkhidmatan Bas Ekspres dan Tanpa Henti
(Express and Non-stop Bus Service)
Bandar Seri Begawan → Seria/Kuala Belait
Perkhidmatan Bas Bukan Ekspres
(Non-Express Bus Service)
Perkhidmatan Bus Ekspres dan Tanpa Henti
(Express and Non-stop Bus Service)
S7.
Jika bas awam diperkenalkan untuk laluan ke Daerah Temburong (dan dilengkapi dengan kemudahan seperti wifi berkelajuan tinggi secara percuma, tempat mengecas telefon bimbit, ruang penyimpanan barang, tempat duduk yang selesa dan sebagainya), pada pendapat awda, berapakah tambang yang difikirkan berpatutan bagi perjalanan satu hala?
(If public bus is introduced to Temburong District (and equipped with facilities such as free high-speed wifi, mobile phone charging point, storage space, comfortable seat and etc.), in your opinion, how much is the reasonable fare for your one-way trip?)
Bandar Seri Begawan → Temburong
Perkhidmatan Bas Bukan Ekspres
(Non-Express Bus Service)
Perkhidmatan Bas Ekspres dan Tanpa Henti
(Express and Non-stop Bus Service)
S8.
Sila kongsikan pandangan awda tentang kenyataan berikut:
(Please share your views on the following statements)
Saya sanggup membayar lebih sedikit untuk perjalanan bas saya dengan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik
(I am willing to pay a little more for my bus travel with improved services and facilities)
Saya lebih suka menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti walaupun mengambil masa untuk sampai ke destinasi
(I prefer to travel on less-direct service even if it takes longer to get to my destination)
Saya tidak ada masalah menggunakan perkhidmatan transit untuk melengkapkan perjalanan asalkan mempunyai penghubung jalan yang boleh dipercayai dan mengurangkan masa perjalanan
(I don’t mind using transit services to complete my journey provided with reliable connections and reduced journey time)
(IV)
MASA PERJALANAN & MASA MENUNGGU (5 SOALAN)
(Travel Time and Waiting Time - 5 Questions)
►Masa yang diambil oleh pengguna bas mengambil kira jarak perjalanan dan menunggu bas
 (The time it takes a user considering distance travelled & also waiting for the bus)

S1.
Sekiranya awda bercadang untuk menggunakan bas, sila susun tahap kepentingan faktor-faktor berikut mengikut keutamaan dari 1 (tinggi) hingga 5 (rendah):
(Assuming you plan to take a bus, please rank the importance of the following features, in order of your priority, from 1 (high) to 5 (low))
Faktor-faktor
(Factors)
Tahap keutamaan
(Level of priority)
Kekerapan
(Frequency)
Jumlah pertukaran
(Number of transfer)
Ketepatan masa
(Punctuality)
Masa perjalanan
(Travel Time)
Masa menunggu
(Waiting Time)
S2.
Dalam memikirkan perjalanan bas, berapa lamakah masa perjalanan tertunda yang difikirkan munasabah?
(Thinking about your bus journey, what is your acceptable delayed travel time?)
S3.
Pada pendapat awda, berapa lamakah masa yang munasabah untuk menunggu bas perkhidmatan dalam daerah?
(In your opinion, how long is the reasonable amount of time to wait for an intra-district bus service?)
Waktu kesibukan
(Peak hour)
Waktu luar kesibukan
(Off-peak hour)
S4.
Dalam memikirkan perjalanan bas antara daerah, berapa lamakah masa yang munasabah untuk menunggu bas?
(Thinking about inter-district bus journey, how long is the reasonable amount of time to wait for a bus?)
Waktu kesibukan
(Peak hour)
Waktu luar kesibukan
(Off-peak hour)
S5.
Sekiranya bas dijangka akan tertangguh, berapa lamakah awda sanggup menunggu sebelum membuat keputusan untuk mempertimbangkan cara pengangkutan alternatif (seperti teksi, e-hailing, berbasikal dll.)?
(If the bus is expected to be delayed, what is your acceptable waiting time before you decide to consider alternative mode of transportation such as taxi, e-hailing, cycling etc.)
(V)
PERSEKITARAN (5 SOALAN)
(Environment - 5 Questions)
►Kualiti bas dan keselesaan
 (Bus quality and comfort)
►Kepentingan keselamatan pengguna di dalam bas atau di perhentian bas
 (How safe and secure users are on the bus or at the bus stops)

S1.
Sekiranya awda sedang berada di dalam bas, sila susun ciri-ciri berikut mengikut keutamaan dari 1 (tinggi) hingga 8 (rendah):
(Thinking about whilst you were on the bus, please rank the following features, in order of priority, from 1 (high) to 8 (low))
Ciri-ciri
(Features)
Tahap keutamaan
(Level of priority)
Ruang peribadi
(Amount of personal space)
Keadaan dan kebersihan bas
(Bus condition & cleanliness)
Tempat duduk yang selesa termasuk kerusi keutamaan untuk warga emas, wanita hamil, orang keperluan khas, ibu dengan bayi dan lain-lain
(Comfort seat including priority seats for elderly, pregnant women, person with special needs, mothers with babies etc.)
Penyediaan pemegang untuk berdiri dan bergerak di dalam bas
(Provision of grab rails to stand / move within the bus)
Keselamatan dan sekuriti semasa berada di dalam bas
(Safety & security whilst on the bus)
Ruang penyimpanan untuk barang peribadi
(Storage for personal belongings)
Suhu udara di dalam bas
(Temperature inside the bus)
Pemandu bas yang berpengalaman
(Well-experienced bus driver)
S2.
Demi menjamin keselamatan awda di dalam bas, sila susun ciri-ciri berikut mengikut tahap kepentingan:
(To ensure your safety on the bus, please rank the following features according to the level of importance)
Ciri-ciri
(Features)
Tahap kepentingan
(Level of importance)
Keselamatan pemanduan (dari segi kelajuan, kesesuaian, tingkahlaku pemandu)
(Safety of the driving, i.e. speed appropriateness, driver's driving attitude)
Masa yang diberikan untuk sampai ke tempat duduk awda
(The time given for you to get to your seat)
Kelancaran sepanjang perjalanan
(Smoothness during the journey)
Kamera keselamatan
(Security camera)
Maklumat keselamatan
(Safety information)
Peti pertolongan cemas dan alat pemadam api
(First Aid Box & Fire Extinguisher)
Isyarat penutupan pintu
(Door closing signal)
S3.
Menurut pendapat awda, pemandu bas perlu menjalani kursus latihan yang diiktiraf selain daripada mendapatkan lesen untuk mengendalikan bas awam?
(In your opinion, should bus drivers undergo certified training course besides being licensed to operate the public bus?)
S4.
Dalam pemikiran awda, adakah penting untuk mempamerkan secara fizikal butiran pengenalan pemandu di dalam bas?
(Do you think having identification details of the bus driver physically displayed on the bus important?)
S5.
Awda sedang berada di perhentian bas dan sila susun kepentingan ciri-ciri keselamatan berikut berdasarkan skala penilaian 1 (rendah) hingga 5 (tinggi):
(You are currently at the bus stop and please rank> the importance of the following safety features based on a rating scale of 1 (low) to 5 (high))
Ciri-ciri keselamatan
(Safety features)
Tahap keutamaan
(Level of priority)
Lokasi perhentian bas yang selamat dan sesuai
(Safe and suitable bus stop location)
Perhentian bas dengan pencahayaan yang terang
(Bus stop is well-lit)
Papan tanda keselamatan yang jelas
(Clear safety signage)
Pemasangan tonggak/penghadang keselamatan
(Installation of safety bollard/barrier)
Kamera keselamatan
(Security camera)
CADANGAN TAMBAHAN (2 SOALAN)
(Additional suggestion - 2 Questions)

S1.
Bagi perancangan menaiktaraf sistem pengangkutan bas awam, sila susun ciri-ciri berikut mengikut keutamaan dari skala penilaian 1 (tinggi) hingga 8 (rendah):
(As we plan to upgrade the public bus transport system, please rank the following features in order of priority based on a scale of 1 (high) to 8 (low))
Ciri-ciri
(Features)
Tahap keutamaan
(Level of priority)
Kecekapan bas dipertingkatkan
(Enhanced bus efficiency)
Bas awam memupuk kelestarian alam sekitar
(Public buses fostering environmental sustainability)
Kebolehcapaian bas yang dipertingkatkan
(Improved bus accessibility)
e-Tiket
(e-Ticket)
Keselesaan dan keselamatan penumpang
(Passenger comfort and safety)
Maklumat bas terus langsung
(Real-time bus information)
Kelancaran dalam kesalinghubungan
(Seamless interconnectivity)
Merangsang pertumbuhan ekonomi
(Stimulate economic growth)
S2.
Pada pendapat awda, apakah yang difikirkan akan dapat lebih menggalakkan orang ramai menggunakan bas awam?
(In your opinion, what do you think would further encourage more people to use the public bus?)